8,094 lagi ambil penggalak

PUTRAJAYA 15  April – Sebanyak 8,094 lagi individu dewasa tampil mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah 15,959,507 orang atau 67.8 peratus telah menerima dos itu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,959,889 individu atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,236,544 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, seramai 38,986 lagi menerima dos kedua semalam menjadikan 270,282 atau 7.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi.

Sebanyak 38.9 peratus atau 1,380,661 orang lagi daripada populasi kanak-kanak menerima sekurang-kurangnya satu dos melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,867,600 atau 92.2 peratus  daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,969,812 atau 95.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 58,078 dos vaksin telah diberikan semalam meliputi 8,554 dos pertama, 41,430 dos kedua dan 8,094 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan setakat semalam 69,431,570.

Related posts

Leave a Comment