Kadar kebolehjangkitan 0.86

PUTRAJAYA 15 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught atau Ro di seluruh negara semalam adalah 0.86, berbanding 0.85 kelmarin.

Bagaimanapun Selangor masih merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan kadar 0.91 sama seperti kelmarin.

Ini diikuti Negeri Sembilan dengan kadar 0.82, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 0.81, Melaka dan Terengganu masing-masing 0.80.

Johor pula dengan kadar 0.77, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.76, Sabah 0.75, Pulau Pinang 0.73, Perlis 0.72, Pahang dan Sarawak masing-masing 0.71, Kedah 0.68 dan Kelantan 0.63.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan tujuh kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment