172 jangkitan baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 15 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam terus mencatatkan penurunan dengan merekodkan 172 kes berbanding 187 semalam  menjadikan jumlah keseluruhan 139,637.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 149 adalah hasil Ujian ART dan 23 kes adalah hasil daripada 935 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat tiga kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Tiada kes kategori 4.

Sebanyak 596 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 137,780 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,640 kes, iaitu  47 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,593  kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 1,077 lagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah diberi vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 9,316 orang atau 21.7 peratus daripada populasi kumpulan itu.

Related posts

Leave a Comment