Singapura lapor 2,573 kes baharu

SINGAPURA 10 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,573 kes baharu Covid-19 serta dua lagi meninggal dunia setakat pukul 12 tengah hari ini. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 1,138,001 orang dengan 1,301 meninggal dunia. Menurut MoH, kes baharu itu melibatkan 2,511‬ ‬jangkitan tempatan dan 62 kes import. Sebanyak 2,318 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes ini terdiri daripada 2,266 jangkitan tempatan dan 52 kes import manakala 255…

Read More

Brunei Darussalam catat 269 kes

BERAKAS 10 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam terus mencatatkan penurunan selepas 269 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 314 semalam. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 257 adalah hasil Ujian ART dan 12 kes adalah hasil daripada 780 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 138,530 orang dengan jumlah kematian kekal 94 orang. Katanya, terdapat…

Read More

Pilihan Raya Australia 21 Mei

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, hari ini mengumumkan pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada 21 Mei depan yang memberi peluang kepada 17 juta pengundi memilih kerajaan baharu.. Pengumuman itu dibuat ketika kerajaan konservatif pimpinan Morrison bergelut mengekalkan kuasa selepas tiga tahun dibelenggu masalah banjir, kebakaran belukar dan pandemik Covid-19. “Pilihan raya ini adalah tentang masa depan anda. Pilih antara masa depan yang kukuh atau yang tidak menentu. Ia satu pilihan antara pemerintah yang anda tahu dan pembangkang Buruh yang tidak anda kenali,” kata Morrison dalam satu sidang…

Read More

Hampir 16 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 10 April – Jumlah penerima dos penggalak hampir mencecah 16 juta apabila 6,675 lagi individu mendapatkan dos itu semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 15,915,493 orang atau 67.6 peratus daripada populasi dewasa. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,956,764 individu atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa juga telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,233,706 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,859,026 individu atau 91.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,960,123 atau 95.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos…

Read More

56.67 peratus tiada gejala

PUTRAJAYA 10 April – Sebanyak 56.67 peratus atau 5,767 daripada 10,177 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di negara ini semalam membabitkan pesakit kategori 1 atau tidak mempunyai gejala, manakala 4,347 kes lagi pesakit kategori 2. Ini diikuti 31 kes kategori 3, manakala kategori 4 dan 5 pula masing-masing membabitkan 14 dan 18 pesakit. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 63 kes dalam kategori tiga hingga lima itu, 38 pesakit adalah individu berusia 60 tahun ke atas dan 35 kes pesakit mempunyai komorbid. Sebanyak 22 kes pula sudah…

Read More

PM Pakistan Imran Khan diguling

ISLAMABAD 10 April – Pembangkang Pakistan menggulingkan Perdana Menteri Imran Khan dalam undi tidak percaya selepas beberapa sekutu bekas bintang kriket antarabangsa itu  dan parti gabungan utama meninggalkannya. Imran dikatakan menjadi perdana menteri pertama hilang jawatan melalui undi tidak percaya di negara itu. Gabungan pembangkang yang merangkumi spektrum politik dari haluan kiri dan radikal agama akan membentuk kerajaan baharu, dengan ketua salah satu parti terbesar, Liga Muslim Pakistan mengambil alih sebagai perdana menteri. Bagaimanapun, tiada undian untuk memilih perdana menteri baharu, walaupun pemimpin Liga Muslim Pakistan-N (PML-N), Shehbaz Sharif dikatakan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.83

PUTRAJAYA 10 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk selurun negara semalam, adalah 0.83 berbanding 0.84 kelmarin. Tiada negeri melepasi kadar 1.00 malahan Selangor, satu-satunya negeri yang  mencatatkan Rt tertinggi iaitu 0.93 berbanding 0.96 kelmarin. Ini diikuti Terengganu dan Johor yang masing-masing merekodkan 0.80, Negeri Sembilan 0.79. manakala Perak, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masihg merekodkan 0.78. Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 0.75 dan Wilayah Persekutuan Labuan 0.74 dan Sarawak masing-masing 0.74. Pahang 0.73, Sabah 0.71, Pulau Pinang 0.70, Kedah 0.69, Perlis 0.67 dan…

Read More

21 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 10 April – Kementerian Kesihatan merekodkan 21 kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35,280 orang. Tiada kematian yang dikategorikan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Johor mencatatkan empat kes kematian, masing-masing tiga kes di Kedah, Pahang dan Selangor, masing-masing dua kes di Perak dan Sarawak. Melaka, Negeri Sembilan, Perlis serta Kuala Lumpur.masihg-masing merekodkan satu kes. Tiada kematian Covid-19 dilaporkan di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sabah.

Read More

4.4 juta pelarian Ukraine

GENEVA : Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menganggarkan, terdapat 4,441,663 juta pelarian Ukraine setakat semalam sejak Presiden Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan Februari lalu, Ia adalah lebih 59,347 orang daripada hari sebelumnya dan ini merupakan rekod  tertinggi pelarian di Eropah  sejak Perang Dunia Kedua. Poland menjadi negara paling ramai mempunyai pelarian dengan 2,564,994 orang memasuki negara itu sejak 24 Februari lalu, Sejumlah 90 peratus daripada mereka yang melarikan diri dari Ukraine terdiri wanita dan kanak-kanak kerana pihak berkuasa Ukraine tidak membenarkan golongan lelaki meninggalkan negara itu. Menurut Pertubuhan…

Read More