Brunei Darussalam catat 269 kes

BERAKAS 10 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam terus mencatatkan penurunan selepas 269 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 314 semalam.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 257 adalah hasil Ujian ART dan 12 kes adalah hasil daripada 780 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 138,530 orang dengan jumlah kematian kekal 94 orang.

Katanya, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) manakala dua  berada di Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 338 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 136,073 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 2,242 kes, iaitu 48 kes sedang dirawat di hospital, manakala 2,194 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu 1,845 lagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah diberi vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 5,668 orang atau 13.2 peratus daripada populasi kumpulan itu.

Related posts

Leave a Comment