Singapura lapor 2,573 kes baharu

SINGAPURA 10 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,573 kes baharu Covid-19 serta dua lagi meninggal dunia setakat pukul 12 tengah hari ini.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 1,138,001 orang dengan 1,301 meninggal dunia.

Menurut MoH, kes baharu itu melibatkan 2,511‬ ‬jangkitan tempatan dan 62 kes import.

Sebanyak 2,318 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes ini terdiri daripada 2,266 jangkitan tempatan dan 52 kes import manakala 255 lagi kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 245 jangkitan tempatan dan 10 adalah kes import.

Seramai 347 pesakit masih dirawat di hospital, berbanding 350 semalam di mana

40 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 17/dipantau rapi di ICU manakala

4,341 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat Sabtu, 9 April, sebanyak 96 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment