4.4 juta pelarian Ukraine

GENEVA : Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menganggarkan, terdapat 4,441,663 juta pelarian Ukraine setakat semalam sejak Presiden Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan Februari lalu,

Ia adalah lebih 59,347 orang daripada hari sebelumnya dan ini merupakan rekod  tertinggi pelarian di Eropah  sejak Perang Dunia Kedua.

Poland menjadi negara paling ramai mempunyai pelarian dengan 2,564,994 orang memasuki negara itu sejak 24 Februari lalu,

Sejumlah 90 peratus daripada mereka yang melarikan diri dari Ukraine terdiri wanita dan kanak-kanak kerana pihak berkuasa Ukraine tidak membenarkan golongan lelaki meninggalkan negara itu.

Menurut Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM), kira-kira 210,000 orang bukan rakyat Ukraine meninggalkan negara itu dan menghadapi kesukaran untuk pulang ke negara asal mereka.

Menurut angka IOM pada 5 April lalu, PBB menganggarkan 7.1 juta orang kehilangan tempat tinggal dalam negara itu.

Lebih 11 juta orang atau lebih satu perempat daripada penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka, menyeberangi sempadan ke negara jiran atau mencari perlindungan di tempat lain di Ukraine.

Sebelum konflik, Ukraine adalah tempat kepada lebih 37 juta orang di wilayah yang dikawal di Kyiv, tidak termasuk Crimea.

Related posts

Leave a Comment