Kadar kebolehjangkitan 0.83

PUTRAJAYA 10 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk selurun negara semalam, adalah 0.83 berbanding 0.84 kelmarin.

Tiada negeri melepasi kadar 1.00 malahan Selangor, satu-satunya negeri yang  mencatatkan Rt tertinggi iaitu 0.93 berbanding 0.96 kelmarin.

Ini diikuti Terengganu dan Johor yang masing-masing merekodkan 0.80, Negeri Sembilan 0.79. manakala Perak, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masihg merekodkan 0.78.

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 0.75 dan Wilayah Persekutuan Labuan 0.74 dan Sarawak masing-masing 0.74.

Pahang 0.73, Sabah 0.71, Pulau Pinang 0.70, Kedah 0.69, Perlis 0.67 dan Kelantan 0.65.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment