Pilihan Raya Australia 21 Mei

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, hari ini mengumumkan pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada 21 Mei depan yang memberi peluang kepada 17 juta pengundi memilih kerajaan baharu..

Pengumuman itu dibuat ketika kerajaan konservatif pimpinan Morrison bergelut

mengekalkan kuasa selepas tiga tahun dibelenggu masalah banjir, kebakaran belukar dan pandemik Covid-19.

“Pilihan raya ini adalah tentang masa depan anda. Pilih antara masa depan yang kukuh atau yang tidak menentu.

Ia satu pilihan antara pemerintah yang anda tahu dan pembangkang Buruh yang tidak anda kenali,” kata Morrison dalam satu sidang media di Canberra.

Pemerintah kini ketinggalan di belakang pembangkang, Parti Buruh dalam beberapa tinjauan pendapat walaupun berjaya memulihkan ekonomi dengan kadar pengangguran terendah dalam tempoh 13 tahun sebanyak empat peratus.

Parti Buruh yang dipimpin veteran politik, Anthony Albanese, akan berjuang untuk menamatkan penguasaan Parti Liberal-Nasional selama hampir 10 tahun dalam pentadbiran Australia.

Related posts

Leave a Comment