56.67 peratus tiada gejala

PUTRAJAYA 10 April – Sebanyak 56.67 peratus atau 5,767 daripada 10,177 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di negara ini semalam membabitkan pesakit kategori 1 atau tidak mempunyai gejala, manakala 4,347 kes lagi pesakit kategori 2.

Ini diikuti 31 kes kategori 3, manakala kategori 4 dan 5 pula masing-masing membabitkan 14 dan 18 pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 63 kes dalam kategori tiga hingga lima itu, 38 pesakit adalah individu berusia 60 tahun ke atas dan 35 kes pesakit mempunyai komorbid.

Sebanyak 22 kes pula sudah menerima dua dos vaksin, namun tiada dos penggalak, 21 sudah menerima dos penggalak, 20 kes tidak divaksin atau belum lengkap vaksin serta dua kes ibu mengandung.

Mengikut laman COVIDNOW, daripada 10,177 jangkitan baharu semalam, 10,124 kes adalah penularan tempatan dan 53 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara menjadikan jumlah keseluruhan 4,281,440 kes.

Selangor mencatatkan jangkitan baharu tertinggi semalam dengan 5,686 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,008), Perak (583), Johor (544), Negeri Sembilan (519), Pulau Pinang (372), Sarawak (350), Kedah (311), Pahang (214), Melaka (206), Terengganu (137), Sabah (106), Kelantan (64), Perlis (29), Putrajaya (28) dan Labuan (20).

Setakat semalam, sebanyak 153,463 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 direkodkan dan daripada jumlah itu, 97.7 peratus atau 149,994 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, 1.9 peratus atau 2,964 kes dirawat di hospital dan 310 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.

Jumlah pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan pula seramai 108 orang dan 87 pesakit lagi sedang menjalani rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment