Thailand catat 25,140 kes baharu

BANGKOK 8 April – Thailand merekodkan 25,140 kes baharu Covid-19 hari ini, menunjukkan penurunan berbanding 26,081 yang direkodkan semalam. Daripada jumlah itu 25,040 adalah kes tempatan manakala 100 lagi kes import. Jumlah kematian juga kurang sedikit hari ini dengan 89 orang meninggal dunia berbanding 91 yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes adalah 3,833,048 manakala 25,877 orang meninggal dunia. Sebanyak 24,854 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 3,558,917 orang.

Read More

Brunei catat 362 kes baharu

BERAKAS 8 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 naik sedikit hari ini dengan merekodkan 362 kes berbanding 346 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 137,947. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata,  terdapat dua kes masing-masing bagi kategori 4 dan kategori 5. Daripada jumlah kes baharu itu, 335 adalah hasil pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) dan 27 kes lagi adalah daripada 910 Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh masa 24 jam yang lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 Brunei Darussalam di sini beliau juga memaklumkan…

Read More

Kes harian di Sabah stabil

KOTA KINABALU 8 April – Bilangan kes harian di Sabah sejak kebelakangan ini berada pada tahap stabil dan hanya 176 kes positif dilaporkan hari ini, kata jurucakapKerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Masidi Manjun. Ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 368,782 kes dengan satu lagi kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Sandakan. Masidi bagaimanapun mengingatkan rakyat perlu sentiasa berhati-hati dan tidak alpa memandangkan peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu 68 peratus. Dalam kenyataannya, beliau berkata secara keseluruhan, empat daerah di Sabah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 57 kes;…

Read More

Malaysia catat 11,994 kes baharu

PUTRAJAYA 8 April – Malaysia merekodkan 11,994 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4,292,585, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, terdapat 25 kes import melibatkan 20 warganegara (80.0%); dan lima bukan warganegara (20.0%) manakala 11,969 kes tempatan melibatkan 11,494 warganegara (96.0%) dan 475 bukan warganegara. Menurut kenyataan media hari ini, sebanyak 11,904 kes (99.25%) adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 90 kes (0.75%) adalah dalam kategori tiga, empat dan lima. Daripada 90 kes kategori 3, 4, dan 5 yang…

Read More

Pembesaran Masjid Quba 10 kali ganda

MADINAH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, mengumumkan pembesaran Masjid Quba dekat sini melibatkan pembesaran seluas 10 kali ganda masjid sedia ada. Apabila siap kelak, masjid pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW dijangka mempunyai kawasan seluas 50,000 meter persegi dan mampu menampung 66,000 jemaah pada satu-satu masa. Putera Mahkota mengumumkan demikian semasa lawatan ke masjid bersejarah itu hari ini selepas mengunjungi Masjid Nabawi dan solat di Rawdah. Masjid Quba dibangun pada 8 Rabiulawal tahun 1 Hijrah sekitar 622M,  terletak di luar kota Madinah sekitar 5km di sebelah tenggara kota Madinah.…

Read More

58,780 kanak-kanak lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 8 April – Sebanyak 58,780 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan laman web COVIDNOW, semalam 13,778 kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 2,983 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,354,514 atau 38.2 peratus daripada populasi kanak-kanak itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,856,360 individu atau 91.8 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,956,063 atau 95 peratus telah menerima sekurang-kurangnya…

Read More

Molnupiravir lulus rawat Covid-19

PUTRAJAYA 8 April – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-371 semalam bersetuju meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan Molnupiravir bagi rawatan Covid-19. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, kapsul Lagevrio tersebut diluluskan untuk merawat Covid-19 kategori ringan hingga sederhana pada orang dewasa yang mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko untuk mendapat gejala yang serius. Selain itu, PBKD turut memberikan keluluskan bersyarat untuk tambahan indikasi bagi penggunaan dua produk berdaftar bagi rawatan Covid-19. Dua produk tersebut adalah Baricitinib (kapsul Olumiant) dan Tocilizumab (cecair Actemra). Olumiant digunakan untuk merawat Covid-19…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.83

PUTRAJAYA 8 April – Selepas tiga hari mengekalkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt  pada angka 0.86, kadar itu turun kepada 0.83. Tiada negeri melepasi kadar 1.00 kecuali Selangor, satu-satunya negeri yang  mencatatkan Rt tertinggi iaitu 0.96 diikuti Negeri Sembilan 0.84. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merekodkan 0.82, dan Melaka 0.80, Perak dan Terengganu masing-masing 0.79, Johor 0.78. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan masing -masing mencatatkan 0.75, Sarawak 0.74, Pahang 0.73, Pulau Pinang 0.71, Sabah 0.70 Sementara itu Kedah mencatatkan 0.63, Perlis 0.66,dan Kelantan 0.65. Nilai R-naught merujuk kepada…

Read More