Molnupiravir lulus rawat Covid-19

PUTRAJAYA 8 April – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-371 semalam bersetuju meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan Molnupiravir bagi rawatan Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, kapsul Lagevrio tersebut diluluskan untuk merawat Covid-19 kategori ringan hingga sederhana pada orang dewasa yang mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko untuk mendapat gejala yang serius.

Selain itu, PBKD turut memberikan keluluskan bersyarat untuk tambahan indikasi bagi penggunaan dua produk berdaftar bagi rawatan Covid-19.

Dua produk tersebut adalah Baricitinib (kapsul Olumiant) dan Tocilizumab (cecair Actemra).

Olumiant digunakan untuk merawat Covid-19 pada orang dewasa yang dimasukkan ke hospital dan pesakit kanak-kanak berumur 10 tahun dan ke atas yang memerlukan oksigen tambahan, pengudaraan mekanikal bukan invasif atau invasif, atau pengoksigenan membran extracorporeal (extracorporeal membrane oxygenation (ECMO)).

Actemra pula digunakan untuk rawatan Covid-19 pada orang dewasa yang dimasukkan ke hospital yang menerima kortikosteroid secara sistemik dan memerlukan oksigen tambahan atau pengudaraan mekanikal.

Ketiga-tiga produk ini tidak bertujuan digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid–19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Related posts

Leave a Comment