Kadar kebolehjangkitan 0.83

PUTRAJAYA 8 April – Selepas tiga hari mengekalkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt  pada angka 0.86, kadar itu turun kepada 0.83.

Tiada negeri melepasi kadar 1.00 kecuali Selangor, satu-satunya negeri yang  mencatatkan Rt tertinggi iaitu 0.96 diikuti Negeri Sembilan 0.84.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merekodkan 0.82, dan Melaka 0.80, Perak dan Terengganu masing-masing 0.79, Johor 0.78.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan masing -masing mencatatkan 0.75, Sarawak 0.74, Pahang 0.73, Pulau Pinang 0.71, Sabah 0.70

Sementara itu Kedah mencatatkan 0.63, Perlis 0.66,dan Kelantan 0.65.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment