Brunei catat 362 kes baharu

BERAKAS 8 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 naik sedikit hari ini dengan merekodkan 362 kes berbanding 346 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 137,947.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata,  terdapat dua kes masing-masing bagi kategori 4 dan kategori 5.

Daripada jumlah kes baharu itu, 335 adalah hasil pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) dan 27 kes lagi adalah daripada 910 Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh masa 24 jam yang lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 Brunei Darussalam di sini beliau juga memaklumkan terdapat dua kes masing-masing bagi kategori 4 dan kategori 5.

Pada masa yang sama sebanyak 577 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah pesakit pulih 135,209 manakala jumlah kes aktif sebanyak 2,524.

Sebanyak 57 kes aktif sedang menerima rawatan di Pusat-pusat Pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 2,467 kes positif, kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu 1,002 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun diberi dos pertama vaksin Covid-19 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,667 orang  atau 8.5 peratus daripada populasi kanak-kanak sementara 62.1 peratus penduduk mendapat tiga dos.

Related posts

Leave a Comment