Pembesaran Masjid Quba 10 kali ganda

MADINAH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, mengumumkan pembesaran Masjid Quba dekat sini melibatkan pembesaran seluas 10 kali ganda masjid sedia ada.

Apabila siap kelak, masjid pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW dijangka mempunyai kawasan seluas 50,000 meter persegi dan mampu menampung 66,000 jemaah pada satu-satu masa.

Putera Mahkota mengumumkan demikian semasa lawatan ke masjid bersejarah itu hari ini selepas mengunjungi Masjid Nabawi dan solat di Rawdah.

Masjid Quba dibangun pada 8 Rabiulawal tahun 1 Hijrah sekitar 622M,  terletak di luar kota Madinah sekitar 5km di sebelah tenggara kota Madinah.

Masjid Quba yang ada ketika ini adalah masjid yang telah diubah dan diperluas pada masa Kerajaan Arab Saudi.

Dibina di atas kebun kurma dengan luas 1200 meter persegi, dan ketika ini keluasan Masjid Quba sekitar 5,035 meter persegi.

(Foto Haramain Sharifain)

Related posts

Leave a Comment