Thailand catat 25,140 kes baharu

BANGKOK 8 April – Thailand merekodkan 25,140 kes baharu Covid-19 hari ini, menunjukkan penurunan berbanding 26,081 yang direkodkan semalam.

Daripada jumlah itu 25,040 adalah kes tempatan manakala 100 lagi kes import.

Jumlah kematian juga kurang sedikit hari ini dengan 89 orang meninggal dunia berbanding 91 yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes adalah 3,833,048 manakala 25,877 orang meninggal dunia.

Sebanyak 24,854 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 3,558,917 orang.

Related posts

Leave a Comment