Kes harian di Sabah stabil

KOTA KINABALU 8 April – Bilangan kes harian di Sabah sejak kebelakangan ini berada pada tahap stabil dan hanya 176 kes positif dilaporkan hari ini, kata jurucakapKerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Masidi Manjun.

Ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 368,782 kes dengan satu lagi kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Sandakan.

Masidi bagaimanapun mengingatkan rakyat perlu sentiasa berhati-hati dan tidak alpa memandangkan peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu 68 peratus.

Dalam kenyataannya, beliau berkata secara keseluruhan, empat daerah di Sabah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 57 kes; Penampang dan Sandakan 12 kes serta Papar 10 kes.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, sebanyak 21 daerah lagi mencatatkan kes baharu satu angka dengan 17 daripadanya mencatatkan antara satu hingga lima kes sahaja.

Tiada kes baharu di Nabawan dan Tongod.

Masidi berkata, 172 daripada 176 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat dalam kategori 3 dan empat dalam Kategori  5.

Sementara itu sebanyak 165 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) sembuh menjadikan jumlah kumulatif 353,463 orang manakala 290 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 273 orang di hospital, 16 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 25 orang merangkumi 23 di ICU/repurposed kritikal care serta dua (2) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 10 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)

Related posts

Leave a Comment