Kes sembuh atasi jangkitan

JAKARTA 7 April – Jumlah kes Covid-19 yang sembuh di Indonesia mengatasi  kes positif harian apabila merekodkan 5,888 pesakit pulih berbanding kes harian yang direkodkan setakat tengah malam ini 2,089. Kes sembuh itu melibatkan 5,716 kes tempatan manakala 172 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 5,794,602 orang telah pulih. Daripada 2,089 kes itu, sebanyak 1,993 jangkitan tempatan dan 96 kes import. Sementara itu sebanyak 45 kematian baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 155,509 orang meninggal dunia, Sementara itu, penerima vaksin ke-1 bertambah 108.988 dengan totalnya melebihi 197 juta atau 197.216.895…

Read More

4,269 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 7 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,269 kes baharu Covid-19 melibatkan 4,145 ‬jangkitan tempatan dan 124 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,128,155. Sebanyak tiga kematian dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,290 orang. Menurut MoH, sebanyak 3,771 kes baharu Protokol 2 terdiri daripada 106 kes import dan 3,665 jangkitan tempatan direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 498 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR. di mana 480 adalah jangkitan tempatan…

Read More

Thailand catat 26,081 kes baharu

BANGKOK 7 April – Thailand merekodkan 26,081 kes baharu Covid-19 hari ini, satu angka yang menunjukkan peningkatan berbanding 24,252 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,807,908 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 26,000 kes tempatan dan 81 kes import direkodkan termasuk 18 dari Kemboja, 16 dari Arab Saudi, 12 dari Australia dan 11 dari Jerman. Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,926 kes diikuti Chon Buri 1,542 . Sebanyak 91 kematian dilaporkan melibatkan individu berusia antara 23 dan 102 tahun, kesemuanya warga Thailand yang membawa kepada jumlah keseluruhan…

Read More

Jom bayar zakat fitrah

SEMALAM, ketika berada di KL Sentral, terdetik untuk mengambil foto kaunter zakat fitrah yang dibuka di situ. Mungkin foto itu kelak sesuai dijadikan gambar hiasan bagi bahan-bahan yang ditulis di facebook, bebasnews.my atau selak-selak.com Dan inilah hasilnya, apabila secara kebetulan ada seorang lelaki berjalan ‘mencari’ kaunter. Mulanya dia keseorangan tetapi akhirnya dibantu oleh seseorang yang prihatin dan terus membawa ke kaunter zakat selepas bertanyakan ke mana arah tuju lelaki itu yang rasanya cacat penglihatan. Walaupun baru hari keempat Ramadhan, lelaki ini menunaikan tanggungjawabnya lebih awal. Biar siapa pun kita, tanggungjawab…

Read More

346 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 7 April – Sebanyak 346 kes baharu direkodkan hari ini, menunjukkan trend penurunan berbanding 418 semalam dan 447 kes sebelumnya. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini 137,585. Daripada jumlah kes baharu itu, 320 adalah hasil pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) dan 26 kes lagi adalah daripada 632 Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh masa 24 jam yang lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 Brunei Darussalam di sini beliau juga memaklumkan terdapat dua kes masing-masing bagi kategori…

Read More

Lebih separuh kes tidak bergejala

PUTRAJAYA 7 April – Sebanyak 6,623 atau 54.7 peratus daripada 12,105 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam membabitkan kes dalam  kategori satu atau individu tidak bergejala. Jumlah kes harian itu juga menunjukkan peningkatan berbanding 12,017 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,280,591 kes. Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah jangkitan baharu yang dikesan sebanyak 12,062 kes adalah penularan tempatan dengan 43 kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Data berkenaan turut menunjukkan Selangor menjadi negeri paling tinggi melaporkan jumlah kes…

Read More

Peranan jemaah disiplinkan diri

SEBELUM memulakan solat sunat Tarawih di sebuah masjid baru-baru ini, seorang ahli jawatankuasa masjid bangun mengingatkan jemaah mengenai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Jemaah mesti mendapatkan dua dos vaksin, imbas MySejahtera, bawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka (mask). Beliau bagaimanapun memberi penekanan supaya jemaah memakai pelitup muka berikutan ada jemaah yang membuat aduan dalam kalangan jemaah itu masih ada yang mengabaikan SOP khususnya tidak memakai pelitup muka. Pada masa yang sama ahli jawatankuasa itu mengingatkan tanggungjawab menjaga perasaan ‘orang sebelah’ apabila jemaah berkenaan…

Read More

32 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 7 April – Sebanyak 32 lagi kematian dilaporkan semalam termasuk sembilan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Pertambahan kes kematian itu menjadikan sehingga kini sebanyak 35,192 orang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Menurut data di laman COVIDNOW, Selangor merekodkan tujuh kematian termasuk satu BID diikuti Johor juga tujuh termasuk dua BID. Ini diikuti Perak 5 (2 BID), Terengganu 4 (2 BID), Kedah 3 (1 BID), Melaka 3 (1 BID),  Negeri Sembilan 1, Perlis 1 dan Kuala Lumpur 1 (1 BID). Bagi perkembangan kes sembuh di negara ini, setakat…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 0.86

PUTRAJAYA 7 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt kebangsaan semalam kekal pada 0.86, untuk tempoh tiga hari berturut-turut. Tiada negeri melepasi kadar 1.00 manakala Selangor, satu-satunya negeri yang  mencatatkan Rt tertinggi melepasi 0.86 iaitu 0.99. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan yang masing-masing merekodkan 0.83 diikuti Melaka dan Perak masing-masing 0.81. Sarawak merekodkan 0.78 diikuti Terengganu dan Johor masing-masing 0.77, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.76, Pulau Pinang 0.73, Pahang 0.72, Sabah 0.71, Kedah 0.69, Perlis 0.66 dan Kelantan 0.65. Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 17 kes. Nilai R-naught…

Read More