32 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 7 April – Sebanyak 32 lagi kematian dilaporkan semalam termasuk sembilan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Pertambahan kes kematian itu menjadikan sehingga kini sebanyak 35,192 orang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Menurut data di laman COVIDNOW, Selangor merekodkan tujuh kematian termasuk satu BID diikuti Johor juga tujuh termasuk dua BID.

Ini diikuti Perak 5 (2 BID), Terengganu 4 (2 BID), Kedah 3 (1 BID), Melaka 3 (1 BID),  Negeri Sembilan 1, Perlis 1 dan Kuala Lumpur 1 (1 BID).

Bagi perkembangan kes sembuh di negara ini, setakat semalam sebanyak 21,029 individu sudah pulih daripada jangkitan berkenaan. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini meningkat kepada 4,083,183 kes.

Related posts

Leave a Comment