Jom bayar zakat fitrah

SEMALAM, ketika berada di KL Sentral, terdetik untuk mengambil foto kaunter zakat fitrah yang dibuka di situ. Mungkin foto itu kelak sesuai dijadikan gambar hiasan bagi bahan-bahan yang ditulis di facebook, bebasnews.my atau selak-selak.com

Dan inilah hasilnya, apabila secara kebetulan ada seorang lelaki berjalan ‘mencari’ kaunter.

Mulanya dia keseorangan tetapi akhirnya dibantu oleh seseorang yang prihatin dan terus membawa ke kaunter zakat selepas bertanyakan ke mana arah tuju lelaki itu yang rasanya cacat penglihatan.

Walaupun baru hari keempat Ramadhan, lelaki ini menunaikan tanggungjawabnya lebih awal.

Biar siapa pun kita, tanggungjawab tetap terpikul di bahu kita lebih-lebih lagi yang bertindak sebagai ketua keluarga.

Zakat fitrah boleh dibayar sepanjang bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan solat sunat Aidilfitri.

Sembilan negeri menetapkan kadar zakat fitrah mengikut pilihan beras tetapi kesemua negeri  masih mengekalkan kadar paling rendah yang seragam iaitu RM7 seorang.

Wilayah Persekutuan turut menetapkan had lantai zakat itu kepada RM7 berbanding  kadar minimum RM5 yang dilaksanakan pada 2020 dan 2021.

Perlis, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak menetapkan satu kadar sahaja iaitu RM7 manakala negeri-negeri lain mempunyai dua atau tiga pilihan.

Di Selangor misalnya, kadar sama seperti tahun sebelumnya iaitu pada kadar RM7, RM14 dan RM21.

Penetapan itu berdasarkan kepada harga 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan oleh penduduk di Selangor.

Kadar zakat fitrah sebanyak RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import,beras perang,beras pulut, herba ponni atau beras wangi.

Zakat fitrah boleh dibayar sepanjang bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan solat sunat Aidilfitri.

Berikut adalah senarai bagi tahun ini:

Perlis – RM 7

Kedah – RM 7, RM 14, RM 21

Pulau Pinang – RM 7, RM 13, RM 20

Perak – RM 7, RM14, RM 21

Selangor – RM 7, RM14, RM 21

Negeri Sembilan – RM 7, RM10, RM21

Melaka – RM 7, RM14, RM21

Johor – RM 7, RM 10

Pahang – RM 7

Terengganu – RM 7

Kelantan – RM 7, RM14, RM 21

Sarawak – RM 7

Sabah – RM 7

Wilayah Persekutuan – RM 7, RM 14, RM 21

Related posts

Leave a Comment