Thailand catat 26,081 kes baharu

BANGKOK 7 April – Thailand merekodkan 26,081 kes baharu Covid-19 hari ini, satu angka yang menunjukkan peningkatan berbanding 24,252 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,807,908 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 26,000 kes tempatan dan 81 kes import direkodkan termasuk 18 dari Kemboja, 16 dari Arab Saudi, 12 dari Australia dan 11 dari Jerman.

Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,926 kes diikuti Chon Buri 1,542 .

Sebanyak 91 kematian dilaporkan melibatkan individu berusia antara 23 dan 102 tahun, kesemuanya warga Thailand yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,788 orang meninggal dunia.

Semalam, sebanyak 26,011 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan 3,534,063 orang pulih manakala 248,057 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 1,846 yang kritikal dan 774 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment