4,269 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 7 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,269 kes baharu Covid-19 melibatkan 4,145 ‬jangkitan tempatan dan 124 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,128,155.

Sebanyak tiga kematian dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,290 orang.

Menurut MoH, sebanyak 3,771 kes baharu Protokol 2 terdiri daripada 106 kes import dan 3,665 jangkitan tempatan direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 498 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR. di mana 480 adalah jangkitan tempatan manakala 18 adalah kes import.

Sementara itu sebanyak 416 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 44 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 15 dipantau rapi di ICU manakala

3,595 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam sebanyak 96 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment