Kadar kebolehjangkitan kekal 0.86

PUTRAJAYA 7 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt kebangsaan semalam kekal pada 0.86, untuk tempoh tiga hari berturut-turut.

Tiada negeri melepasi kadar 1.00 manakala Selangor, satu-satunya negeri yang  mencatatkan Rt tertinggi melepasi 0.86 iaitu 0.99.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan yang masing-masing merekodkan 0.83 diikuti Melaka dan Perak masing-masing 0.81.

Sarawak merekodkan 0.78 diikuti Terengganu dan Johor masing-masing 0.77, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.76, Pulau Pinang 0.73, Pahang 0.72, Sabah 0.71, Kedah 0.69, Perlis 0.66 dan Kelantan 0.65.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 17 kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment