1,904 kanak-kanak Brunei ambil vaksin

BERAKAS 6 April – Sebanyak 1,904 atau 4.4 peratus daripada populasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sejak dilancarkan baru-baru ini. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, semalam, sebanyak 922 kanak-kanak tampil mendapatkan vaksin itu di bWah Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan Bagi Kanak-kanak. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau juga memaklumkan jumlah kes jangkitan harian menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 418 kes berbanding 447 yang dilaporkan kelmarin. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 137,239 sementara terdapat satu kes…

Read More

Negeri Sembilan, Kedah bantu RM1,000

NEGERI Sembilan dan Kedah masing-masing mengumumkan bantuan RM1,000 kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar, Negeri Sembilan Aminuddin Harun, berkata pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran di negeri itu. BKK itu akan membabitkan 4,050 penjawat awam dengan peruntukan sebanyak RM6 juta dan pembayaran dilakukan pada Jumaat depan (15 April). Katanya, pemberian berkenaan sebagai usaha meringankan beban kewangan kepada anggota pentabiran kerajaan negeri dalam membuat persiapan…

Read More

Penduduk ‘dikurung’ kes jangkitan naik

SHANGHAI: China merekodkan lebih 20,000 kes Covid-19 hari ini, jangkitan harian tertinggi sejak bermulanya pandemik itu walaupun Shanghai berada di bawah pelaksanaan perintah berkurung. Sehingga Mac, angka jangkitan harian China berada pada tahap rendah dengan penutupan setempat, ujian saringan besar-besaran dan sekatan ketat bagi perjalanan antarabangsa. Bagaimanapun dalam tempoh beberapa minggu, kes harian mencecah ribuan dalam jangka masa sehari dan pihak berkuasa berkata pihaknya berjaya mengesan mutasi varian Omicron yang mudah berjangkit berdekatan Shanghai. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam kenyataannya berkata, China merekodkan 20,472 jangkitan hari ini, namun tiada kematian direkodkan.…

Read More

Kes harian meningkat kepada 12,017

PUTRAJAYA 6 April – Malaysia merekodkan 12,017 kes baharu Covid-19 semalam, satu jumlah yang menunjukkan peningkatan kes harian berbanding 10,002 jangkitan yang direkodkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,268,486 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes itu, sebanyak 59 adalah kes import melibatkan 51 warganegara (86.4%) dan lapan bukan warganegara (13.6%). Kes tempatan pula melibatkan 11,958 kes iaitu 11,394 warganegara (95.3%); 564 bukan warganegara (4.7%). Sebanyak 11,949 kes (99.43%) adalah dari kategori satu dan dua, manakala 68 kes(0.57%)  adalah kes kategori tiga, empat, dan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 0.86

PUTRAJAYA 6 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt kebangsaan semalam kekal pada 0.86, sama seperti kelmarin. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.03, sama seperti kelmarin, dan satu-satunya negeri yang melepasi kadar 1.00. Ini diikuti Melaka 0.83, Negeri Sembilan 0.82, Perak 0.81, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing 0.80. Johor mencatatkan kadar 0.77, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.76, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 0.74, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing 0.73, Kedah dan Sabah masing-masing 0.70. Perlis mencatatkan kadar 0.67 dan…

Read More

Guna Bahasa Melayu-Nusantara

KUALA LUMPUR 6 April – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan penggunaan istilah ‘Bahasa Melayu-Nusantara’ sebagai jalan tengah mengelakkan polemik serta pertelagahan istilah. Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kesepakatan bersama perlu dalam usaha mengangkat Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa rasmi kedua blok ASEAN di samping menjadi medan menyatukan warga Alam Melayu. Katanya, adalah penting untuk bersama mengangkat semula Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM),  untuk merancang dan memantau perkembangan Bahasa Melayu khazanah kosmopolitan rantau nusantara. Semalam, Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim dilaporkan menolak cadangan Malaysia…

Read More

15,876,357 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 6 April – Sebanyak 9,317 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak semalam yang meliputi 1,829 dos pertama dan 7,488 dos pelengkap menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos pertama sebanyak 1,353,774 atau 38.1 peratus daripada populasi kanak-kanak manakala 33,621 atau 0.9 peratus melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 11,636 individu mendapatkan dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan 15,876,357 atau 67.5 peratus daripada populasi itu mendapatkan dos itu. Bagi populasi yang sama, sebanyak 22,954,326 atau 97.6 peratus melengkapkan vaksinasi manakala 98.8…

Read More

43 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 6 April – Sebanyak 43 kematian baharu termasuk 10 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan 35,160 orang. Daripada jumlah itu, sebanyak 7,425 adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Selangor dan Perak masing-masing mencatatkan lapan kematian, termasuk dua BID di Perak, diikuti lima kematian termasuk dua kes BID di Sarawak. Empat kematian dilaporkan di Kedah, dua kematian dan dua BID di Kelantan; Pahang dan Negeri Sembilan, masing-masing tiga kematian dan satu kes BID. Perlis, Johor, Pulau Pinang dan…

Read More