BERAKAS 6 April – Sebanyak 1,904 atau 4.4 peratus daripada populasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sejak dilancarkan baru-baru ini.
Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, semalam, sebanyak 922 kanak-kanak tampil mendapatkan vaksin itu di bWah Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan Bagi Kanak-kanak.
Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau
juga memaklumkan jumlah kes jangkitan harian menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 418 kes berbanding 447 yang dilaporkan kelmarin.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 137,239 sementara terdapat satu kes bagi kategori 5 dan dua kes kategori 4.
Beliau juga memaklumkan, 615 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa kepada jumlah pesakit pulih 134,109 manakala jumlah kes aktif sebanyak 2,916.
Sebanyak 58 kes aktif sedang menerima rawatan di Pusat-pusat Pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 2,858 kes positif, kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah.
