Kadar kebolehjangkitan kekal 0.86

PUTRAJAYA 6 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt kebangsaan semalam kekal pada 0.86, sama seperti kelmarin.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.03, sama seperti kelmarin, dan satu-satunya negeri yang melepasi kadar 1.00.

Ini diikuti Melaka 0.83, Negeri Sembilan 0.82, Perak 0.81, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing 0.80.

Johor mencatatkan kadar 0.77, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.76, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 0.74, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing 0.73, Kedah dan Sabah masing-masing 0.70.

Perlis mencatatkan kadar 0.67 dan Kelantan 0.66.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment