15,876,357 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 6 April – Sebanyak 9,317 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak semalam yang meliputi 1,829 dos pertama dan 7,488 dos pelengkap menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos pertama sebanyak 1,353,774 atau 38.1 peratus daripada populasi kanak-kanak manakala 33,621 atau 0.9 peratus melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 11,636 individu mendapatkan dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan 15,876,357 atau 67.5 peratus daripada populasi itu mendapatkan dos itu.

Bagi populasi yang sama, sebanyak 22,954,326 atau 97.6 peratus melengkapkan vaksinasi manakala 98.8 peratus atau 23,231,749 mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,854,230 atau 91.7 peratus mendapatkan dua dos vaksin manakala 94.8 peratus atau 2,950,267 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 22,807 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 2,501 dos pertama, 8,670 dos kedua dan 11,636 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 69,042,067.

Related posts

Leave a Comment