Kes harian meningkat kepada 12,017

PUTRAJAYA 6 April – Malaysia merekodkan 12,017 kes baharu Covid-19 semalam, satu jumlah yang menunjukkan peningkatan kes harian berbanding 10,002 jangkitan yang direkodkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,268,486 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes itu, sebanyak 59 adalah kes import melibatkan 51 warganegara (86.4%) dan lapan bukan warganegara (13.6%).

Kes tempatan pula melibatkan 11,958 kes iaitu 11,394 warganegara (95.3%); 564 bukan warganegara (4.7%).

Sebanyak 11,949 kes (99.43%) adalah dari kategori satu dan dua, manakala 68 kes(0.57%)  adalah kes kategori tiga, empat, dan lima.

Menurut laporan itu, sebanyak 234 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 131 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula  adalah 20,431 kes menjadikan jumlah keseluruhan 4,062,154 kes kumulatif (95.2%)

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 12,017 kes harian yang dilaporkan pada 5 April 2022:

  • Kategori 1: 6,646 kes (55.30%);
  • Kategori 2: 5,303 kes (44.13%);
  • Kategori 3: 28 kes (0.23%);
  • Kategori 4: 15 kes (0.13%); dan
  • Kategori 5: 25 kes (0.21%).

Daripada 68 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 5 April 2022:

  • 15 kes (22.06%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 29 kes (42.65%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 24 kes (35.29%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 38 kes (55.88%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 40 kes (58.82%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,941 kluster;
  • Jumlah kluster baharu:1;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,778 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 163 kluster.

Related posts

Leave a Comment