43 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 6 April – Sebanyak 43 kematian baharu termasuk 10 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan 35,160 orang.

Daripada jumlah itu, sebanyak 7,425 adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Selangor dan Perak masing-masing mencatatkan lapan kematian, termasuk dua BID di Perak, diikuti lima kematian termasuk dua kes BID di Sarawak.

Empat kematian dilaporkan di Kedah, dua kematian dan dua BID di Kelantan; Pahang dan Negeri Sembilan, masing-masing tiga kematian dan satu kes BID.

Perlis, Johor, Pulau Pinang dan Putrajaya masing-masing merekodkan dua kematian dengan satu daripada dua kematian di Putrajaya membabitkan kes BID.

Related posts

Leave a Comment