30 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 2 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 30 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,013 orang, daripada 4.18 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lima daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 206,979 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 201,924 individu atau 97.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 615 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dnan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,177 kes di hospital dan 263 di unit rawatan rapi (ICU) yang membabitkan 101 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 162 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment