1,309 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 2 April – Seramai 1,309 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Menurut data di laman web COVIDNOW, ini menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak mendapatkan dos kedua meningkat kepada 1,625 orang.

Pada masa yang sama sebanyak 8,751 lagi kanak-kanak mendapatkan dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,338,696 orang atau 37.7 peratus populasi itu.

Sementara itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,852,606

individu atau 91.7 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi manakala 2,948,935 atau 94.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam juga, seramai 22,263 lagi individu mendapatkan dos penggalak menjadikan 15,832,244 orang atau 67.3 peratus populasi dewasa sudah menerima dos berkenaan.

Bagi populasi yang sama, sebanyak 22,954,072 atau 97.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,229,777 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 35,001 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 10,076 suntikan pertama, 2,662 suntikan lengkap dan 22,263 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,945,825.

Related posts

Leave a Comment