1,254,236 kanak-kanak divaksin

PUTRAJAYA 20 Mac – Sebanyak 1,254,236 individu atau 35.3 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam. Sebanyak 14,902 kanak-kanak tampil menyempurnakan vaksinasi itu semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,843,156 atau 91.4 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka. Manakala 2,941,807 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin apabila 644 lagi tampil semalam mendapatkan suntikan. Sejumlah 15,446,895 individu atau 65.7 peratus populasi dewasa…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 20 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kekal pada  0.92. Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih rendah manakala negeri-negeri lain melepasi angka 0.92. Sarawak mendahului dengan 1.06 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.03, Perak dan Negeri Sembilan masing-masing 1.01, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Terengganu masing-masing 1.00. Ini diikuti Selangor dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.98, Melaka 0.97, Johor dan Pahang masing-masing 0.95. Negeri yang merekodkan kadar lebih rendah adalah Kedah 0.91, Perlis 0.88, Kelantan 0.87, Wilayah Persekutuan Labuan 0.73, dan…

Read More

DAP : Siapa Setiausaha Agung, siapa CEC Melayu

SIAPA bakal Setiausaha Agung DAP? Siapa pula sembilan wanita yang bakal dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat  (CEC)? Dan tidak kurang menarik berapa wakil Melayu akan terpilih sebagai anggota CEC bagi penggal 2022-2025? Kongres Kebangsaan Ke-17 pada Ahad, 20 Mac akan menjawab persoalan ini apabila 4,149 perwakilan memilih 30 anggota CEC tambahan 10 berbanding 20 kerusi sebelum ini. Ketika UMNO yang selesai mengadakan Perhimpunan Agung mengambil keputusan menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU), DAP meneruskan pemilihan bagi mempersiapkan parti berdepan PRU. Mengikut perlembagaan parti yang dipinda, jawatan…

Read More

Dr Kelvin, Rara terajui DAPSY

KUALA LUMPUR 20 Mac – Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) hasil pemilihan yang berlangsung semalam. Beliau yang menerima 232 undi menewaskan dua pencabar yang lain, Jamaliah Jamaluddin dan Eric Teh Hoong Keat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman (Rara) pula menang bagi jawatan Timbalan Ketua DAPSY Kebangsaan apabila meraih 212 undi. Rara menewaskan dua pencabar yang lain iaitu Abdul Aziz Isa Marindo dan Alice Lan Suet Ling. Sementara itu, empat kerusi Naib Ketua…

Read More

DBP kemuka pindaan tiga perkara

KUALA LUMPUR 20 Mac – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengemukakan pindaan Akta DBP dalam tiga perkara utama bagi membolehkan penguatkuasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kata Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor  Dr Awang Sariyan. Beliau berkata perkara pertama membabitkan pemberian kuasa penguatkuasaan Bahasa Melayu dalam sektor yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 152(6) yang memperuntuk penggunaannya dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam. Kedua, peruntukan yang membolehkan DBP mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat antarabangsa secara yang berasaskan undang-undang sah walaupun DBP sejak tahun…

Read More

85 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 85 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 34,329 orang, daripada 3.94 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 23 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, terdapat 283,275 kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana daripada jumlah itu, 273,974 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. Seramai 1,747 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,164 kes…

Read More

Jumlah kes Singapura lepasi 1 juta

SINGAPURA 20 Mac – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Singapura mencecah 1,007,158 selepas 10,244 lagi kes baharu direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 10,102 kes tempatan dan 142 kes import dilaporkan dengan tiga kematian menjadikan 1,194 meninggal dunia. Sebanyak 8,003 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes baharu Protokol 2 ini terdiri daripada 91 kes import dan 7,912 jangkitan tempatan. Sebanyak 2,241‬‬ lagi kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 2,190…

Read More

‘Top Five’ UMNO bincang PRU-15

KUALA LUMPUR 20 Mac – Naib Presiden UMNO,  Ismail Sabri Ismail Yaakob berkata, keputusan berkaitan cadangan untuk membubarkan Parlimen akan dibincangkan dalam kalangan lima pimpinan tertinggi atau ‘Top Five’ UMNO. Beliau berkata, ia juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.  “Saya akan bawa kepada ‘Top Five’ untuk membincangkan perkara ini. Selepas ‘Top Five’ kita akan bawa dalam MKT untuk bincang bersama-sama. “Kita mahu BN jadi parti dominan semula. Jadi kalau kita yakin dengan kemenangan, kita tidak akan tunggu walau…

Read More