Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 20 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kekal pada  0.92.

Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih rendah manakala negeri-negeri lain melepasi angka 0.92.

Sarawak mendahului dengan 1.06 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.03, Perak dan Negeri Sembilan masing-masing 1.01, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Terengganu masing-masing 1.00.

Ini diikuti Selangor dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.98, Melaka 0.97, Johor dan Pahang masing-masing 0.95.

Negeri yang merekodkan kadar lebih rendah adalah Kedah 0.91, Perlis 0.88, Kelantan 0.87, Wilayah Persekutuan Labuan 0.73, dan Sabah 0.65.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment