85 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 85 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 34,329 orang, daripada 3.94 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 23 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 283,275 kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana daripada jumlah itu, 273,974 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,747 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,164 kes dirawat di hospital dan 390 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 171 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 219 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment