Kes harian Thailand bawah 1,000

BANGKOK 5 Mei – Thailand buat hari keempat berturut-turut merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 di bawah 1,000 iaitu 9,790 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,300,614.

Jumlah kematian harian juga lebih rendah apabila merekodkan 54 kes berbanding 82 yang dilaporkan meninggal dunia semalam menjadikan jumlah keseluruhan 28,914 meninggal dunia.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes yang direkodkan hari ini tidak termasuk 8,728 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada jumlah keseluruhan 18,518.

Kes kematian menurut CCSA melibatkan mereka yang berumur dari 36 sehingga 103. tahun dengan Bangkok merekodkan tiga kematian, di samping wilayah lain termasuk di Utara 12 kematian dan lapan di Selatan.

Jumlah kes harian termasuk 9,772 kes dalam kalangan penduduk awam, 14 dalam kalangan penghuni penjara dan empat kes import yang melibatkan ketibaan dari Arab Saudi.

Sementara itu Bangkok terus merekodkan kes tertinggi dengan 2,990, diikuti Buri Ram 321, Chon Buri 296, Samut Prakan 274, Roi Et 267, Surin 254, Si Sa Ket 252, Khon Kaen 240, Ubon Ratchathani 200 dan Maha Sarakham 195.

Semalam Rabu, sebanyak 101,281 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk  31,227 di hospital.

Sebanyak 1,638 kes dilaporkan kritikal dan 776 bergantung kepada bantuan ventilator.

Kes sembuh pula meningkat kepada 4,170,419 orang termasuk 17,109 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Related posts

Leave a Comment