9,042 kes baharu Singapura

SINGAPURA 14 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,042 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, iaitu menunjukkan penurunan berbanding 9,701 yang direkodkan semalam. Daripada jumlah itu, sebanyak 8,941 adalah jangkitan tempatan dan 101 ‬kes import. yang membawa kepada jumlah keseluruhan 948,478. Sebanyak 7,598 adalah kes  Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia melibatkan 70 kes import dan 7,528 jangkitan tempatan. Sebanyak 1,444 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 1,413 adalah…

Read More

Khairuddin tinggalkan Pas

KUALA LUMPUR 14 Mac – Anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan telah membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas. Bekas Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, surat permohonan telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengikut Perlembagaan parti. “Merujuk perlembagaan Pas, Fasal 15 (1)(a) peberhentian ahli dengan permintaan sendiri. Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian Pas 313899 memohon untuk berhenti daripada  menjadi ahli Pas,” katanya. dalam sidang media di Parlimen, petang ini. Khairuddin juga akan menyerahkan semua elaun sebagai Ahli…

Read More

Hasni cadang orang muda MB Johor

JOHOR BAHRU 14 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Hasni Mohammad, mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri itu berikutan orang muda mampu memberikan idea dan sumbangan bermakna dalam pembangunan negeri.. “Melihat kepada sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan Johor dan demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Kenyataan terbaharu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri itu yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, seolah-olah mengesahkan khabar angin yang menyatakan…

Read More

Brunei Darussalam catat 2,278 kes

BERAKAS 14 Mac – Brunei Darussalam merekodkan empat lagi kematian hari ini, dua daripadanya dikategorikan sebagai meninggal dunia disebabkan Covid-19 sementara dua lagi tiada kaitan menjadikan jumlah keseluruhan 83 orang. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini berkata, ketika ini terdapat 21 kes Kategori 4 memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Manakala tujuh kes kekal pada Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif. Menurut Dr Md Isham,  sebanyak 2,278 kes baharu dilaporkan,…

Read More

Jokowi tinjau minyak masak

Presiden Indonesia, Joko Widodo turun padang memeriksa keperluan minyak masak di beberapa lokasi pasar dan pasar raya di Yogyakarta, semalam. Dalam catatan Facebooknya, beliau berkata kerajaan akan mengambil langkah mengatasi kekurangan minyak masak itu. “Situasi ini — minyak goreng jarang ditemui di pasaran — tidak boleh dibiarkan terlalu lama. Kerajaan akan ambil jalan keluar secepat mungkin,” katanya.

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 14 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun lagi kepada 0.97 berbanding 0.99 kelmarin. Dua belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi, satu negeri menyamai kadar 0.97 manakala tiga lagi lebih rendah. Sarawak terus mendahului dengan kadar tertinggi iaitu 1.26 berbanding 1.29 kelmarin, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu masing-masing 1.12, Negeri Sembilan 1.07, Perak 1.06, Kedah 1.03. Pulau Pinang dan Pahang masing-masing 1.02, Selangor 1.01 ; masing-masing 1.00 di Putrajaya, Melaka dan Johor; Kelantan 0.97; Perlis 0.93 ;…

Read More

Malaysia catat penurunan kes harian

PUTRAJAYA 14 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan semalam apabila merekodkan 22,535 kes berbanding 26,250 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 3,823,571. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 22,174 kes adalah penularan tempatan membabitkan 21,522 warganegara (97.1 peratus) dan 652 bukan warganegara (2.9 peratus). Manakala 361 kes import terdiri daripada 327 rakyat Malaysia dan 34 warga asing. Beliau juga memberitahu,  sebanyak 25,356 kes sembuh dilaporkan yang menyumbang kepada sejumlah 3,468,888 kes kumulatif, setakat ini. Katanya, ketika ini sebanyak 384 kes memerlukan rawatan…

Read More

22,215 lagi kanak-kanak divaksin

PUTRAJAYA 14 Mac – Sebanyak 22,215 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan dos vaksin Covid-19 semalam menjadikan 1,167,019 individu atau 32.9 peratus daripada populasi itu telah menerima dos pertama. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 2,837,197 individu atau 91.2 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19, setakat semalam. Sebanyak 733 lagi remaja menerima dos pertama semalam menjadikan 2,937,206 individu atau 94.4 peratus daripada kumpulan remaja itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, bagi populasi dewasa, sejumlah 15,280,702 individu atau 64.9 peratus telah menerima dos penggalak Covid-19 termasuk 20,187 orang…

Read More

87 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 14 Mac – Sebanyak 87 kematian akibat Covid-19 dilaporkan, setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33,807 kes kematian sejak pandemik itu melanda negara Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 25 kes semalam membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Johor merekodkan kes kematian akibat Covid-19 tertinggi, semalam dengan 22 kematian, diikuti Selangor (18), Perak (10), Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masing-masing enam kes.  Pahang merekodkan lima kes, masing-masing empat kes di Kedah dan Kelantan, manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing tiga kes, Sarawak (2) serta Sabah (1). 

Read More