16 juta dapatkan dos penggalak

PUTRAJAYA 29 April – Sejumlah 806,532 atau 22.7 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Peningkatan itu berikutan 18,710 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan dos pelengkap itu di seluruh negara semalam manakala 7,248 lagi mendapatkan dos pertama vaksin.

Berdasarkan laman web COVIDNOW sejumlah 1,518,923 atau 42.8 peratus kanak-kanak dalam kumpulan ini menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula 2,892,051 atau 93 peratus sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,990,315 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam juga, sebanyak 4,210 individu tampil mendapatkan dos penggalak menjadikan setakat semalam, sejumlah 16,029,483 individu dewasa atau 68.1 peratus menerima dos berkenan.

Sebanyak 22,966,486 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,789 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sepanjang semalam, sebanyak 32,106 dos vaksin Covid-19 harian diberikan membabitkan 7,973 dos pertama, diikuti 19,923 dos kedua dan 4,210 dos penggalak, menjadikan keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,233,232 dos.

Related posts

Leave a Comment