Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 14 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun lagi kepada 0.97 berbanding 0.99 kelmarin.

Dua belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi, satu negeri menyamai kadar 0.97 manakala tiga lagi lebih rendah.

Sarawak terus mendahului dengan kadar tertinggi iaitu 1.26 berbanding 1.29 kelmarin, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu masing-masing 1.12, Negeri Sembilan 1.07, Perak 1.06, Kedah 1.03.

Pulau Pinang dan Pahang masing-masing 1.02, Selangor 1.01 ; masing-masing 1.00 di Putrajaya, Melaka dan Johor; Kelantan 0.97; Perlis 0.93 ; Labuan 0.80 dan Sabah pada paras 0.70.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment