Khairuddin tinggalkan Pas

KUALA LUMPUR 14 Mac – Anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan telah membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas.

Bekas Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, surat permohonan telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengikut Perlembagaan parti.

“Merujuk perlembagaan Pas, Fasal 15 (1)(a) peberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian Pas 313899 memohon untuk berhenti daripada  menjadi ahli Pas,” katanya. dalam sidang media di Parlimen, petang ini.

Khairuddin juga akan menyerahkan semua elaun sebagai Ahli Parlimen untuk waktu berbaki sebelum Parlimen dibubarkan sebagai memenuhi Baiah ketika bertanding pilihanraya.

“Saya mendoakan Pas terus maju jaya sebagai sebuah parti yang membawa agenda Islam dan sebagai muslim saya akan terus memperjuangkan dasar PAS iaitu Islam dan seruan Pas iaitu Allahuakhbar dan tujuan dan usaha Pas sebagaimana yang termaktub Fasa 3,4,5 dan 6 Perlembagaan Pas yang semuanya selaras dengan kehendak Islam,” katanya lagi.

Beliau juga menyeru semua anggota Pas agar terus istiqamah dengan perjuangan Pas dan terus memperjuangkan Islam menerusi wadah parti itu.

Khairuddin juga memaklumkan, beliau kini menjadi ahli Parlimen Bebas dalam tempoh sebelum Parlimen dibubarkan.

Related posts

Leave a Comment