9,042 kes baharu Singapura

SINGAPURA 14 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,042 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, iaitu menunjukkan penurunan berbanding 9,701 yang direkodkan semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 8,941 adalah jangkitan tempatan dan 101 ‬kes import. yang membawa kepada jumlah keseluruhan 948,478.

Sebanyak 7,598 adalah kes  Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia melibatkan 70 kes import dan 7,528 jangkitan tempatan.

Sebanyak 1,444 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 1,413 adalah jangkitan tempatan manakala 31 adalah kes import.

Lapan lagi meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,153 orang manakala 1,310 pesakit masih dirawat di hospital,171 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 37 dipantau rapi di ICU.

Seramai 16,069 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Sementara itu, mengenai kadar vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment