87 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 14 Mac – Sebanyak 87 kematian akibat Covid-19 dilaporkan, setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33,807 kes kematian sejak pandemik itu melanda negara

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 25 kes semalam membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Johor merekodkan kes kematian akibat Covid-19 tertinggi, semalam dengan 22 kematian, diikuti Selangor (18), Perak (10), Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masing-masing enam kes. 

Pahang merekodkan lima kes, masing-masing empat kes di Kedah dan Kelantan, manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing tiga kes, Sarawak (2) serta Sabah (1). 

Related posts

Leave a Comment