22,215 lagi kanak-kanak divaksin

PUTRAJAYA 14 Mac – Sebanyak 22,215 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan dos vaksin Covid-19 semalam menjadikan 1,167,019 individu atau 32.9 peratus daripada populasi itu telah menerima dos pertama.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 2,837,197 individu atau 91.2 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19, setakat semalam.

Sebanyak 733 lagi remaja menerima dos pertama semalam menjadikan 2,937,206 individu atau 94.4 peratus daripada kumpulan remaja itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi dewasa, sejumlah 15,280,702 individu atau 64.9 peratus telah menerima dos penggalak Covid-19 termasuk 20,187 orang semalam.

Sebanyak 22,934,957 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 23,211,514 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 45,025 dos vaksin diberikan meliputi 23,489 dos pertama, 1,349 dos kedua dan 20,187 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,159,756.

Related posts

Leave a Comment