Singapura lapor 24,080 kes baharu

SINGAPURA 1 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 11 kematian dan 24,080 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 23,891 jangkitan tempatan dan 189 kes import. Kes baharu Protokol 2 adalah sebanyak 21,130 terdiri daripada 105 kes import dan 21,025 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 2,950 lagi kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 2,866 adalah jangkitan tempatan manakala 84 adalah kes import. Dengan perkembangan ini,…

Read More

563 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Feb. – Kes harian di Arab Saudi turun kepada 563 kes hari ini berbanding 653 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 745,027. Riyadh mendahului dengan 158 kes, Jeddah 56 dan Dammam 30. Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi individu dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 9,001 kematian. Sebanyak 839 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 724,388 kes. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 601 dilaporkan dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Arab Saudi telah mendaftarkan lebih 61 juta dos vaksin untuk…

Read More

Jumlah kes Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS  1 Mac – Brunei Darussalam merekodkan 4,220 kes baharu Covid-19 hari ini dengan dua lagi kematian, satu daripadanya disebabkan masalah kesihatan dan tidak dikategorikan kematian Covid-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dr. Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, punca kematian bagi satu lagi kes masih dalam siasatan. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 67,762 dan kematian pula kekal pada 65 orang. Dr Mohd Amin yang mewakili Menteri Kesihatan pada sidang media situasi Covid-19 berkata, sebanyak enam kes berada dalam Kategori 4, yang…

Read More

Kes harian Thailand turun

BANGKOK 1 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 20,420 hari ini berbanding semalam 22,311, dan sebelumnya 24,719 (27 Feb.) dan 25,615 (26 Feb.). Sebanyak 43 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19, berbanding 42 kematian yang direkodkan pada hari sebelumnya. Daripada jumlah itu, 171 adalah kes import melibatkan ketibaan dari luar negara dan 66 penghuni penjara menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Thailand adalah 2,912,347 dengan 22,976 kematian . Sebanyak 18,297 kes pesakit sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,673,646. Bangkok mendahului dengan merekodkan 2,752 kes,…

Read More

Kes di Filipina naik semula

MANILA 1 Mac – Selepas mencatatkan 951 kes pada hari terakhir Februari semalam, Filipina hari ini kembali merekodkan 1,067 kes jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,663,059. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah kes sembuh mengatasi kes positif dengan merekodkan 1,652 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,555,016 atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes. Bagaimanapun tiada kematian baharu dilaporkan hari ini dan angka kematian kekal 56,451 sementara kes aktif pula sebanyak 51,592, kurang berbanding 52,179 semalam. DoH juga memaklumkan, daripada 1,067 kes yang dilaporkan hari ini, 652…

Read More

Premier Sarawak ganti ‘CM’

KUCHING 1 Mac – Mulai hari ini, gelaran Ketua Menteri Sarawak (Chief Minister) perlu menggunakan istilah Premier Sarawak berikutan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri berkaitan istilah itu berkuat kuasa hari ini. Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Jaul Samion, istilah timbalan ketua menteri juga dirujuk sebagai Timbalan Premier manakala menteri muda akan digunakan sebagai Timbalan Menteri berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Pejabat Ketua Menteri akan dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai Office of the Premier of Sarawak dan dalam bahasa Malaysia sebagai Pejabat Premier Sarawak. Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 15 Februari…

Read More

23,100 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 1 Mac – Sebanyak 186 kes iaitu 0.81 peratus daripada 23,100 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan semalam terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam kenyataan hari ini, beliau memaklumkan baki 22,914 kes atau 99.19 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua, dan ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,442,736 kes. Daripada 186 kes kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan, 39 kes tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi, 84 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.…

Read More

14,660,956 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 1 Mac – Sebanyak 14,660,956 individu atau 62.3 peratus populasi dewasa di negara ini sudah mendapatkan dos penggalak Covid-19 selepas 79,743 lagi individu tampil mendapatkan dos itu. Menurut data laman web COVIDNOW, sejumlah 22,949,368 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan dua dos vaksin, manakala 23,229,321 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 879,264 kanak-kanak sudah menerima satu dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilaksanakan sejak 3 Februari lalu. Di samping itu, bagi remaja berusia…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun 1.03

PUTRAJAYA 1 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun kepada 1.03 semalam berbanding 1.05 yang direkodkan kelmarin. Perak terus kekal mencatatkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain dengan kadar 1.31 berbanding 1.32 kelmarin. Ini diikuti Sarawak 1.22, Terengganu 1.21, Wilayah Persekutuan Labuan 1.18, Perlis 1.17, Negeri Sembilan 1.15, manakala Pahang dan Selangor masing-masing 1.12 Pulau Pinang 1.11 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.10. Kedah dengan kadar 1.08, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kelantan masing-masing 1.06, Melaka 1.05, Sabah 1.03 dan Johor…

Read More