563 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Feb. – Kes harian di Arab Saudi turun kepada 563 kes hari ini berbanding 653 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 745,027.

Riyadh mendahului dengan 158 kes, Jeddah 56 dan Dammam 30.

Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi individu dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 9,001 kematian.

Sebanyak 839 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 724,388 kes.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 601 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Arab Saudi telah mendaftarkan lebih 61 juta dos vaksin untuk penduduk negara itu.

Related posts

Leave a Comment