Kes di Filipina naik semula

MANILA 1 Mac – Selepas mencatatkan 951 kes pada hari terakhir Februari semalam, Filipina hari ini kembali merekodkan 1,067 kes jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,663,059.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah kes sembuh mengatasi kes positif dengan merekodkan 1,652 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,555,016 atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Bagaimanapun tiada kematian baharu dilaporkan hari ini dan angka kematian kekal 56,451 sementara kes aktif pula sebanyak 51,592, kurang berbanding 52,179 semalam.

DoH juga memaklumkan, daripada 1,067 kes yang dilaporkan hari ini, 652 (61%) berlaku dalam tempoh 14 hari ini 16 Februari – 1 Mac 2022.

Related posts

Leave a Comment