Singapura lapor 24,080 kes baharu

SINGAPURA 1 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 11 kematian dan 24,080 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 23,891 jangkitan tempatan dan 189 kes import.

Kes baharu Protokol 2 adalah sebanyak 21,130 terdiri daripada 105 kes import dan 21,025 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 2,950 lagi kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 2,866 adalah jangkitan tempatan manakala 84 adalah kes import.

Dengan perkembangan ini, jumlah kes terkumpul setakat ini sejak pandemik melanda adalah 748,504 dengan jumlah kematian 1,030 orang.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.02, merosot daripada 1.09, pada 1 Mac. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 masih meningkat.

Sementara itu seramai 1,726 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 1,649 semalam di mana 242/memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 53 dipantau rapi di ICU manakala 17,205 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment