14,660,956 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 1 Mac – Sebanyak 14,660,956 individu atau 62.3 peratus populasi dewasa di negara ini sudah mendapatkan dos penggalak Covid-19 selepas 79,743 lagi individu tampil mendapatkan dos itu.

Menurut data laman web COVIDNOW, sejumlah 22,949,368 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan dua dos vaksin, manakala 23,229,321 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 879,264 kanak-kanak sudah menerima satu dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilaksanakan sejak 3 Februari lalu.

Di samping itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,801,180 atau 90 peratus daripada populasi itu melengkapkan vaksinasi mereka serta 2,896,290 individu atau 93.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 115,202 dos vaksin diberikan yang membabitkan 34,200 bagi dos pertama, dos kedua (1,259 dos) dan dos penggalak (79,743 dos).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 67,208,978.

Related posts

Leave a Comment