Jumlah kes Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS  1 Mac – Brunei Darussalam merekodkan 4,220 kes baharu Covid-19 hari ini dengan dua lagi kematian, satu daripadanya disebabkan masalah kesihatan dan tidak dikategorikan kematian Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dr. Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, punca kematian bagi satu lagi kes masih dalam siasatan.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 67,762 dan kematian pula kekal pada 65 orang.

Dr Mohd Amin yang mewakili Menteri Kesihatan pada sidang media situasi Covid-19 berkata, sebanyak enam kes berada dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Manakala  tujuh kes dilaporkan dalam Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Menurut Dr Mohd Amin, daripada 4,220 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 3,614 adalah hasil Ujian Pantas Antigen (ART) manakala 606 adalah dari 4016 ujian makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 2,701 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,213 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 31,422.

 Beliau memberitahu, pada masa ini, kadar penggunaan katil di kesemua Pusat Pengasingan atau ‘bed occupancy rate’ adalah sebanyak 10.8 peratus.di mana 255 kes aktif ditempatkan di pusat pengasingan berkenaan..

Sementara itu sebanyak 31,167 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

 Sehingga 28 Februari 2022, pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan bagi mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 54.4 peratus daripada keseluruhan penduduk, di negara ini.

Related posts

Leave a Comment