Kadar kebolehjangkitan turun 1.03

PUTRAJAYA 1 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun kepada 1.03 semalam berbanding 1.05 yang direkodkan kelmarin.

Perak terus kekal mencatatkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain dengan kadar 1.31 berbanding 1.32 kelmarin.

Ini diikuti Sarawak 1.22, Terengganu 1.21, Wilayah Persekutuan Labuan 1.18, Perlis 1.17, Negeri Sembilan 1.15, manakala Pahang dan Selangor masing-masing 1.12

Pulau Pinang 1.11 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.10.

Kedah dengan kadar 1.08, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kelantan masing-masing 1.06, Melaka 1.05, Sabah 1.03 dan Johor 1.00.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment