Kes harian Thailand melonjak

BANGKOK 31 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand melonjak ke angka tertinggi dengan merekodkan 27,560 kes berbanding 25,389 semalam dan angka tertinggi pada 18 Mac sebanyak 27,071.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes itu, sebanyak 61 adalah kes import dan 27,499 jangkitan tempatan termasuk melibatkan 53 orang dalam kalangan penghuni penjara.

Jumlah kematian pula 85 orang berbanding 87 kematian yang direkodkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 3,628,347 orang manakala yang meninggal dunia pula seramai 25,130 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah kes harian itu tidak termasuk 16,079 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada jumlah 43,639 kes.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,344, diikuti Chon Buri 1,414, Nakhon Si Thammarat 1,412, Samut Sakhon 978, Samut Prakan 945,  Songkhla 789,  Khon Kaen 711, Ratchaburi 679, Chachoengsao 639 dan 612 kes di Nonthaburi.

Sebanyak 61 kes import pula adalah dari 23 negara termasuk dari Bahrain, Jerman , Turki, Singapura dan United Kingdom.

Pada Rabu, sebanyak 246,770 orang mendapa rawatan Covid-19 di mana 62,747di hospital termasuk 1,808 yang kritikal dan 713 bergantung kepada ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 25,077 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 3,356,447 orang.

Sejak pandemik bermula awal tahun 2020, terdapat 3,628,347 kes Covid-19 termasuk 1,404,912 tahun ini, manakala 25,130 kematian sejak pandemik termasuk 3,432 yang dilaporkan hari ini.

Related posts

Leave a Comment